Hatiku sayu,
Hari ini acapkali aku memikirkan dimana salahku,
aku bukan manusia sempurna,
aku tak punya apa-apa,
aku terus dan terus memikirkan, apa salahku?
mana silapku?
salahkah cara ku?
aku tak mahu menyalahkan sesiapa.
Kerana apa yang terjadi boleh jadi berpunca dari kelemahan diri aku sendiri,
kelemahan yang mungkin aku sendiri tak dapat lihat.
Aku bukan siapa-siapa,
apa yang ku mahukan bukan di puja,
apa aku mahukan ialah seseorang yang boleh aku kongsikan suka duka
gembira sedih
seorang yang aku benar-benar boleh aku panggil "Teman dan Sahabat"
Apa mungkin sikap aku selama ini,
menyebabkan semua menjauhi?
Jahatkah aku?
Kejamkah aku?
Setankah Aku?
Sukar aku untuk mencari yang serasi
seperti satu ketika dahulu,
serasi yang aku rasakan pada zaman persekolahan.
Kenapa semua berbeza?
Adakah aku yang berbeza?
Ataupun Persekitaran yang kini memerlukan sesuatu yang jauh lebih matang dan kesabaran yang tinggi?
Aku mengaku
aku bukan seorang yang sabar,
aku seorang yang kurang kesabaran,
namun,
aku sedang cuba,
cuba untuk belajar erti sabar.
Atau mungkin aku asyik dan terlalu bermain dengan emosi?
memikirkan sesuatu yang hanya terdapat dalam pemikiran aku, sedangkan realitinya tidak begitu?
Aku sendiri masih belum menemukan jawapan..
Aku sesat dalam dilema aku sendiri.
Mungkin akan terus sesat dan hanyut.,
Aku ingin menjadi aku,
menjadi aku yang lebih baik dari sekarang,
menjadi aku yang boleh dibanggakan oleh orang tua,
yang boleh menjadi contoh dan tauladan kepada yang muda.
Aku sedar aku bersikap tidak matang,
tidak seperti dan sepatutnya sesorang di umur aku ,
setiap detik, saat, ketika dan waktu yang berlalu,
yang tidak aku hargai,
yang terbuang begitu saja,
benar-benar menunjukkan ketidakmatangan aku.
Benar, hidup penuh dugaan, pancaroba,
aku harus tegas
aku harus tabah
dan aku harus menghargai setiap detik yang sedang berlalu.
" hatiku semendung langit.. pada ketika ini"
No comments:
Post a Comment