Pages

Personalize Gift

Wednesday, January 19, 2011

Ku pohon sejuta kemaafan.

Andai ada salah silapku,
aku memohon sejuta kemaafan,
andai ada salahku,
tunjukkan jalan yang benar buatku,
bimbingi aku,
teguri aku,
biar ada keras kepalaku,
degil hatiku,
kerana,
pada satu ketika,
kemungkinan besar,
nasihat dan kata-kata ada mungkin memberi kesan padaku.

Aku manusia lemah,
aku banyak kelemahan,
kekurangan..

Sejujurnya
aku seseorang yang memendam rasa,
dilihat di luaran,
aku seorang yang becok bersuara,
kelihatan bergelak ketawa,
tapi pergolakan hati aku?
perasaan aku?
sedih aku?

biar aku kelihatan becok berbicara,
tapi tidak semua mampu aku sampaikan dengan kata-kata,
medium terbaik aku dengan menulis,
agar sampai apa yang aku rasa.

Kelihatannya aku gagah,
tidak gentar,
padahal, 
ketika aku kedepan dan berkata-kata di microfon atau hanya di depan semua,
aku gugup,
aku gentar,
aku malu,
hanya Tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu
tapi aku cuba jua gagahi diri..

Aku manusia angkuh,
ego.
Aku tahu itu,
tapi sukar untuk aku mengubahnya,
aku bersifat dominan,
bersifat rebellious,
suka menentang arah.
Aku sedar kenyataan itu,
aku sedang cuba untuk berubah.
Aku sedar tindak-tanduk aku,
mungkin menimbulkan ketidak puasan hati,
mahupun menimbulkan rasa benci,
aku kerap kali melakukan luar sedar,
aku perlukan mereka-mereka yang sudi menegur
agar aku sedar,
di mana silapku..
agar bisa aku merubah diri
menjadi yang lebih baik.


aku masih seorang perempuan,
walau bagaimana gagah pon aku kelihatan di luaran
namun, aku tetap seorang perempuan
aku juga menitiskan air mata
biar dalam sunyi
dalam gelap malam
dalam sepi seorang aku

aku sedar semua kesilapan aku,
aku sedar semua keburukan aku
mungkian aku tak layak pon untuk dimaafkan sekalipun
biarlah aku menanggung dosa
menanggung beban hukuman kalian..
aku layak mendapatkannya kan?

andai pernah aku kasar bahasa,
andai pernah aku menyebabkan kalian menitiskan air mata
andai pernah aku membuat kalian membenci
andai pernah mulut celupar aku ni mengatakan kata-kata keji
andai pernah aku menyakiti
andai pernah aku tidak mengambil peduli
aku mohon maaf pada kalian
biarpun kalian tidak mahu
memafkan aku yang serba serbi jahil ini

"maafkan aku, walau aku tahu, aku tidak layak dimaafkan.. biar ini menjadi pengajran bagi aku yang teruk ini, aku yang jahil, biar ia mengajar aku erti kehidupan, mengajar aku apa itu kesabaran,persahabatan dan kematangan.. Aku harapkan dan doakan yang terbaik buat kalian."



No comments:

Post a Comment

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player