Pages

Personalize Gift

Sunday, October 24, 2010

Tangan gatal..

Ish tangan aku ni gatal je nak menaip, nak mengisi blog ni dengan entri yang entah hape-hape...

Aku rase blog ni dah macam tempat aku mengadu nasib je la pulak hahah
tapi aku rileks je sebab aku tawu blog aku ni bukan ade reader pon..
Saja nak menulis apa aku rasa saat dan ketika ini..

Well, ape yang aku nak cakap ni mungkin mengguris hati sesetengah pihak tapi inilah kebenaran yang aku rasa aku tak mampu nak sangkal... Otak aku secara automatik macam dah erase segala memori aku kat 'sana'.. hampir semua kecuali yang menyakitkan hati aku dan apa-apa yang tidak berkaitan dengan 'mereka'.. Aku bukan apa, aku tahu aku ni bukan sesiapa dan tak penting pon untuk 'mereka'.. Tapi apa aku kat sana siapa aku kat sana 'mereka' yang ubah aku jadi orang yang sebegitu.. Kalau diikutkan aku bukanla sebegitu, aku lebih periang, lebih bersikap terbuka dan sempoi je seperti mana aku disini.. Di sana aku tak bebas untuk menunjukkan diri aku...aku tak mampu nak buat seperti biasa walau aku dah penat mencuba.. Aku bukan seorang yang akan membenci diri dan hidup aku sendiri.. aku takkan fikir untuk menjalani kehidupan orang lain sebab semua orang dan individu ada masalah mereka sendiri.. Aku tidak dilayan secara equal disana bersama mereka, tapi bila bersama kelompok mereka yang lain aku mamapu bersikap seperti biasa.. tidak merasa apa yang luar biasa apatah lagi rasa seperti disisihkan... aku tidak pernah menyisihkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah mereka, aku jadi begitu kerana mereka juga.. mereka berada didalam kelompok selesa mereka sendiri.. perlukah aku memasuki kelompok itu tanpa dijemput? of course la tak.. sama seperti mana aku takkan pergi ke rumah orang kahwin tanpa dijemput.. memang, memang aku mengaku aku manusia yang kuat memberontak dan menentang.. tapi aku rasa ramai manusia begitu.. takkan setiap masa aku nak 'follow with the flow'? seperti mereka, aku pon ada pendirian aku sendiri.... ada satu ketika aku disana, aku tak mampu mempercayai sesiapa pon di antara mereka.. maka aku jadi pendiam.. takkan aku perlu jadi hipokrit? ... Hipokrit.. sesuatu yang aku sangat-sangat mahu elakkan.. memang ada saat gembira aku disana tapi dengan mereka? kurang.. Lebih aku gembira dengan satu kelompok mereka yang lain...

Mungkin ada juga salah aku didalam hal ini.. mungkin aku ego?  mungkin juga aku memainkan rentak hidup yang berbeza dengan mereka? dan mungkin juga ada kemungkinan lain yang aku secara tidak sedar memungkinkanya... Dan sebab ini jugalah aku memilih sesuatu yang lain daripada mereka ketika disini, aku tidak mahu tragedi-tragedi lain tu berulang lagi di sini.. di sini, kiranya aku ingin memulaka satu perjalanan baru..yang jauh berbeza dari dahulu.. itu harapan aku..dengan mengharapkan mereka-mereka yang baru ku kenal di sini.. aku mencari erti sahabat sejati yang tidak aku temui di sana... dan mungkin satu perjalanan yang mengubah diri aku menjadi aku yang lebih baik dari aku disana? aku mengharapkan yang itu.. biarlah apa yang dah berlaku disana menjadi sejarah yang aku tak mahu ia berulang lagi...

Tapi walau apa yang berlaku, masih ada sesuatu yang dapat aku perolehi disana, dengan mereka, dengan dia,dengan kamu. Aku patut bersyukur bukan.. mungkin aku buta kerana masih tidak mengenal sahabat sejati atau mungkin aku keraskan hati tidak mahu memahami? entah la.. sampai kini aku sebenarnya belom bertemu jawapan pasti... 3 tahun berlalu pergi.. biarkan ia berlalu membawa diri, membawa sepi, membawa pilu, membawa lara, membawa tangis, membawa suka, membawa cinta, membawa sayang, membawa suak,membawa duka.. semuanya sejarah....dan telah menjadi sejarah..

Tulisan dan lukisan buruk aku

"mood menulis bertubi2.. entri ni ditulis dengan perasaan bercampur baur aku, kekadang tiba-tiba dan tanpa di undang kebolehan menulis sesuatu seperti ini memang datang... Aku mintak maaf kepada sesiapa yang telah aku guri hatinya dengan kehadiran entri ini..maaf~" 

No comments:

Post a Comment

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player