Pages

Personalize Gift

Saturday, October 23, 2010

Maafkan aku atas kekasaran aku.. aku memang kasar la beb

Hari ni idea tuk menulis dalam blog ni datang bertubi-tubi pulak,
mungkin sebab aku baru selesai membaca beberapa blog hebat yang memberi aku inspirasi dan juga motivasi..

Sesiapa yang mengenal aku mesti tau yang aku ni jenis kasar and kadang-kadang cakap macam nak marah je..Kenkadang tu aku tak marah pown.. cume mulut aku ni kenkadang cakap tanpa berfikir tu yang laju je kua ayat-ayat best yang mengegar gegendang telinge and trus menusuk ke kalbu..

To be frank, aku sayang kawan-kawan aku, even kawan aku tu penah buat aku sakit hati, penah mengkhianati aku sekalipun, aku tetap anggap dia kawan, asalkan jangan menyombong ngan aku *yela dah orang tak nak cakap ngan aku, takkan aku nak terhegeh2 g dekat then bercakap-cakap lak kan?*.. Aku ade jugak orang-orang or manusia yang aku tak suka.. tapi aku tak anggap diorang musuh just aku tak suka mendekatkan diri dengan diorang.. Tapi satu benda yang aku pantang, jangan ade niat nak berkawan dengan aku untuk mempergunakan aku atau nak menumpang senang tu je..

Aku sedar gak aku perlu ubah sikap kasar aku yang dah sebati dalam darah daging aku ni, tapi aku kena mula dari bawah.. perlahan-lahan macam baby baru blaja nak merangkak. Aku harap korang sebagai kawan aku, andai ada terasa hati, maafkanlah kekasaran dan keganasan dan kebrutalan aku ni.. Aku sedar aku ni terlebih brutal.. Kekadang aku boleh tibe-tibe takde mood, law da takde mood memang aku taknak bercakap atau melayan kerenah sesiapa.. so law nampak aku takde mood sila jangan banyak songeh sebab aku boleh meletup taw.. *ganas x?*

And sebenarnye aku ni bukan jenis pandai bercakap, aku lebih senang meluahkan dalam bentuk ayat macam ni, yang mana aku tak perlu bercakap.. Sebab aku rasa meluahkan dalam bentuk macam ni lebih senang.. hehe.. Aku ni budak yang berzodiakkan leo yang mana bermaksud seorang yang sangat EGO.. aku sedar tu.. and aku sentiasa cuba kawal ego aku.. Seyes aku suke gelak, and gelak tawa aku dengan korang membe-membe dan kawan-kawan aku adalah real dan takde yang lebih real. Aku suka spend time dengan korang.. seriusly! tak tipoo!! Aku ni rebellious and kurang kesabaran siket so, aku betul-betul tabik spring kat korang yang boleh bersabar dengan kerenah aku yang banyak ni, and aku tau kerenah aku ni menyakitkan hati korang..

So kawan-kawan aku, aku mintak maaf atas salah silap aku, Aku sayang kawan-kawan aku, tak tipu!! Meine Freundin! Ich Lieber Dich!!!

Alamak tak clear la pulak.. selekh betul lukisan dan tulisan :P


"Dedikasi khas untuk kawan-kawan aku yang aku sayangi!! muah3!!!"

No comments:

Post a Comment

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player