Pages

Personalize Gift

Saturday, October 30, 2010

Cukupla.. Sudahla.. Please

Dah la.. sudah-sudah la.. please..
I need you..

Monday, October 25, 2010

Teruja..

Setiap kali aku membaca blog-blog hebat..confirm aku rasa teruja yang amat sangat untuk menulis..
Memang hebat la kirenye penangan blog-blog hebat ni..
Setiap kali kau blogwalking dan terjumpa blog-blog hebat ni.. aku tanpa ragu-ragunye mengfollow mereka..
Bukan dengan niat supaya mereka folo aku.. sama sekali tidak.. aku cuma ingin folo sebab aku ternanti-natikan entri-entri baru mereka yang hebat itu..  Sangat!

Lukisan dan tulisan buruk aku~ haha


"Tengah siapkan assignment ni tapi masih mampu berblogwalking.. haha nak pegi carik blog-blog hebat lagi la.. hhehe~"

Sunday, October 24, 2010

Tangan gatal..

Ish tangan aku ni gatal je nak menaip, nak mengisi blog ni dengan entri yang entah hape-hape...

Aku rase blog ni dah macam tempat aku mengadu nasib je la pulak hahah
tapi aku rileks je sebab aku tawu blog aku ni bukan ade reader pon..
Saja nak menulis apa aku rasa saat dan ketika ini..

Well, ape yang aku nak cakap ni mungkin mengguris hati sesetengah pihak tapi inilah kebenaran yang aku rasa aku tak mampu nak sangkal... Otak aku secara automatik macam dah erase segala memori aku kat 'sana'.. hampir semua kecuali yang menyakitkan hati aku dan apa-apa yang tidak berkaitan dengan 'mereka'.. Aku bukan apa, aku tahu aku ni bukan sesiapa dan tak penting pon untuk 'mereka'.. Tapi apa aku kat sana siapa aku kat sana 'mereka' yang ubah aku jadi orang yang sebegitu.. Kalau diikutkan aku bukanla sebegitu, aku lebih periang, lebih bersikap terbuka dan sempoi je seperti mana aku disini.. Di sana aku tak bebas untuk menunjukkan diri aku...aku tak mampu nak buat seperti biasa walau aku dah penat mencuba.. Aku bukan seorang yang akan membenci diri dan hidup aku sendiri.. aku takkan fikir untuk menjalani kehidupan orang lain sebab semua orang dan individu ada masalah mereka sendiri.. Aku tidak dilayan secara equal disana bersama mereka, tapi bila bersama kelompok mereka yang lain aku mamapu bersikap seperti biasa.. tidak merasa apa yang luar biasa apatah lagi rasa seperti disisihkan... aku tidak pernah menyisihkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah mereka, aku jadi begitu kerana mereka juga.. mereka berada didalam kelompok selesa mereka sendiri.. perlukah aku memasuki kelompok itu tanpa dijemput? of course la tak.. sama seperti mana aku takkan pergi ke rumah orang kahwin tanpa dijemput.. memang, memang aku mengaku aku manusia yang kuat memberontak dan menentang.. tapi aku rasa ramai manusia begitu.. takkan setiap masa aku nak 'follow with the flow'? seperti mereka, aku pon ada pendirian aku sendiri.... ada satu ketika aku disana, aku tak mampu mempercayai sesiapa pon di antara mereka.. maka aku jadi pendiam.. takkan aku perlu jadi hipokrit? ... Hipokrit.. sesuatu yang aku sangat-sangat mahu elakkan.. memang ada saat gembira aku disana tapi dengan mereka? kurang.. Lebih aku gembira dengan satu kelompok mereka yang lain...

Mungkin ada juga salah aku didalam hal ini.. mungkin aku ego?  mungkin juga aku memainkan rentak hidup yang berbeza dengan mereka? dan mungkin juga ada kemungkinan lain yang aku secara tidak sedar memungkinkanya... Dan sebab ini jugalah aku memilih sesuatu yang lain daripada mereka ketika disini, aku tidak mahu tragedi-tragedi lain tu berulang lagi di sini.. di sini, kiranya aku ingin memulaka satu perjalanan baru..yang jauh berbeza dari dahulu.. itu harapan aku..dengan mengharapkan mereka-mereka yang baru ku kenal di sini.. aku mencari erti sahabat sejati yang tidak aku temui di sana... dan mungkin satu perjalanan yang mengubah diri aku menjadi aku yang lebih baik dari aku disana? aku mengharapkan yang itu.. biarlah apa yang dah berlaku disana menjadi sejarah yang aku tak mahu ia berulang lagi...

Tapi walau apa yang berlaku, masih ada sesuatu yang dapat aku perolehi disana, dengan mereka, dengan dia,dengan kamu. Aku patut bersyukur bukan.. mungkin aku buta kerana masih tidak mengenal sahabat sejati atau mungkin aku keraskan hati tidak mahu memahami? entah la.. sampai kini aku sebenarnya belom bertemu jawapan pasti... 3 tahun berlalu pergi.. biarkan ia berlalu membawa diri, membawa sepi, membawa pilu, membawa lara, membawa tangis, membawa suka, membawa cinta, membawa sayang, membawa suak,membawa duka.. semuanya sejarah....dan telah menjadi sejarah..

Tulisan dan lukisan buruk aku

"mood menulis bertubi2.. entri ni ditulis dengan perasaan bercampur baur aku, kekadang tiba-tiba dan tanpa di undang kebolehan menulis sesuatu seperti ini memang datang... Aku mintak maaf kepada sesiapa yang telah aku guri hatinya dengan kehadiran entri ini..maaf~" 

Saturday, October 23, 2010

Maafkan aku atas kekasaran aku.. aku memang kasar la beb

Hari ni idea tuk menulis dalam blog ni datang bertubi-tubi pulak,
mungkin sebab aku baru selesai membaca beberapa blog hebat yang memberi aku inspirasi dan juga motivasi..

Sesiapa yang mengenal aku mesti tau yang aku ni jenis kasar and kadang-kadang cakap macam nak marah je..Kenkadang tu aku tak marah pown.. cume mulut aku ni kenkadang cakap tanpa berfikir tu yang laju je kua ayat-ayat best yang mengegar gegendang telinge and trus menusuk ke kalbu..

To be frank, aku sayang kawan-kawan aku, even kawan aku tu penah buat aku sakit hati, penah mengkhianati aku sekalipun, aku tetap anggap dia kawan, asalkan jangan menyombong ngan aku *yela dah orang tak nak cakap ngan aku, takkan aku nak terhegeh2 g dekat then bercakap-cakap lak kan?*.. Aku ade jugak orang-orang or manusia yang aku tak suka.. tapi aku tak anggap diorang musuh just aku tak suka mendekatkan diri dengan diorang.. Tapi satu benda yang aku pantang, jangan ade niat nak berkawan dengan aku untuk mempergunakan aku atau nak menumpang senang tu je..

Aku sedar gak aku perlu ubah sikap kasar aku yang dah sebati dalam darah daging aku ni, tapi aku kena mula dari bawah.. perlahan-lahan macam baby baru blaja nak merangkak. Aku harap korang sebagai kawan aku, andai ada terasa hati, maafkanlah kekasaran dan keganasan dan kebrutalan aku ni.. Aku sedar aku ni terlebih brutal.. Kekadang aku boleh tibe-tibe takde mood, law da takde mood memang aku taknak bercakap atau melayan kerenah sesiapa.. so law nampak aku takde mood sila jangan banyak songeh sebab aku boleh meletup taw.. *ganas x?*

And sebenarnye aku ni bukan jenis pandai bercakap, aku lebih senang meluahkan dalam bentuk ayat macam ni, yang mana aku tak perlu bercakap.. Sebab aku rasa meluahkan dalam bentuk macam ni lebih senang.. hehe.. Aku ni budak yang berzodiakkan leo yang mana bermaksud seorang yang sangat EGO.. aku sedar tu.. and aku sentiasa cuba kawal ego aku.. Seyes aku suke gelak, and gelak tawa aku dengan korang membe-membe dan kawan-kawan aku adalah real dan takde yang lebih real. Aku suka spend time dengan korang.. seriusly! tak tipoo!! Aku ni rebellious and kurang kesabaran siket so, aku betul-betul tabik spring kat korang yang boleh bersabar dengan kerenah aku yang banyak ni, and aku tau kerenah aku ni menyakitkan hati korang..

So kawan-kawan aku, aku mintak maaf atas salah silap aku, Aku sayang kawan-kawan aku, tak tipu!! Meine Freundin! Ich Lieber Dich!!!

Alamak tak clear la pulak.. selekh betul lukisan dan tulisan :P


"Dedikasi khas untuk kawan-kawan aku yang aku sayangi!! muah3!!!"

Jeles tau tak?

Korang tau tak ape itu jeles?

Aku tau.. sebab aku ni jenis cepat gak dalam hal jeles menjeles ni

First,
 masa aku main bowling tadi *aku kalah tapi dapatla saguhati nombor berapa aku tak tau sebab belum sempat penyampaian hadiah aku dah cabut lari gi makan kt mines* aku jeles sungguh dengan manusia-manusia yang boleh bermain bowling dengan sangat bagus and aku pulak tak perform masa main tadi *macam hampeh btol aku main tadi!*

Second,
 Balik-balik je aku online da sibuk nak baca blog orang laen,
aku jeles dengan penguasaan bahasa inggeris diorang, aku pulak da berkarat tahap law aku kopek karat tu takde bende yang tinggal la jawabnye.. *deng!*

Third, 
Aku jeles tengok diorang berblogging dari luar negara.. bila la aku dapat study oversea jugak neyh? *stdy pon ciput cukup-cukup makan mana bule.. cube la kau rajin sikit cik Sarah oiy~*

Fourth, 
Aku tengok diowang amek gamba pakai dslr.. *mama bole la bagi Sarah beli dslr please2 tak membazir la~ trust me*

Fifth, 
aku tengok diorang pandai bergaya dalam sopan and tutup aurat lagi.. Jeles siot.. sebab ak jenis tak pandai nak melawa dan bergaya ni.. *turun ke bumi taw aku ni*

Sixth, 
Diorang punye blog and isi kat dalam blog diorang memang buat aku nak membaca blog diorang selalu.. *ohh betapa jelesnye hati aku ni!!*

"Kesimpulannye: banyak lagi kekurangan dalam diri aku yang masih perlu aku perbaiki, termasuk sikap2 aku yang kasar dan sunguh tak ayu hehe..."

Addicted to Bowling and Karaoke (again)

i used to get addicted to these 2 activities..  but when i pursue my studies in bintulu i kinda forget about these 2 activity. When i pursue my degree here in Serdang, with all these shopping mall around me.. i got addicted to these 2 activities again.. well i think this is kinda 'healthy' activity just it cost you money *hehe* ..
The sad thing is i cannot score my old bowling marks anymore.. it seems my skills has become rusty.. so many thing has become rusty including my english *haha whatever~*

btw tomorrow i have a bowling tournament: 'Pertandingan Bowling Tenpin Tertutup UPM' at South City Plaza
i hope the house ball there can fit my small fingers... because i left my bowling ball home.. if they cant fit i cant score *alasan je 2*
So, wish me luck eah guys! *wink3 :P *


"Omigod seriously my english is rusty there is no improvement at all... huwaa~ well wish me luck tomorrow ek?"

Thursday, October 21, 2010

Dia..

Selepas berminggu-minggu dye ade kat sini
dan selepas berminggu-minggu jugak kitorang dating
akhirnye esok dye dah nak balik rumah dye kat Batu Pahat..
uu..sedih sungguh~ *wuuu (T.T)*
bile lagi agaknye kitorang dapat dating macam ni..
walaupun tempoh masa hubungan kitorang masih setahun jagung *chewah*
tapi.. macam apa yang aku cakap.. once aku dah sayang kat seseorang, aku akan sayang dye betul-betul.. *blush*

Aku suke sikap dye yang kebudak-budakkan *tak padan ngan umur.. hehehe*
aku suke sikap dye yang suke mengusik *:P*
aku suke sikap dye yang suke merapu *same la ngan aku jugak*
aku suke bila dye sanggup datang upm semata-mata nak jumpe dengan aku *hepi!!  :)*

aku akan treasure setiap saat kitorang bersama..
sebab aku sayang dye..

"btw ni jugak post aku yang ke-100.. so kire special edition tuk kekasih hati aku nih.. "

Wednesday, October 13, 2010

Semalam....

Semalam...
Ade kejadian yang buat aku mula kurang percaya...
Aku tak rasa perkara semalam itu perlu...
Aku tak suka perkara tu..
Sangat tak suka..
Satu perkara yang mampu membuatkan aku menjauhkan diri..
Aku tak nak aku tersalah pilih lagi..
Perkara ini betul-betul menganggu fikiran aku hari ni...

Aku harap perkara seperti tu tak berulang lagi..
Kerana aku khuatir..
Aku akan membenci..

Sekali dalam 3 tahun..

Konvokesyen!
 
"Post terpendek kot.. takde idea pulak..*sigh*"

Wednesday, October 6, 2010

Demm.. aku cukup menyampah dengan manusia hipokrit!

Hari ini aku pergi kelas *nada skema ye terime kasih!*
aku pergi dengan semangat yang kurang sebab ade test and aku tak abes bace agy nota dalam buku miller tu.. *abeh la tak dapat jawab tadi ;-( *
test man and environment ade kelas fizik pulak *yang aku "suke sangat"*
tengah lepak-lepak dalam kelas *saya bukan budak yang fokus dalam kelas ye.. sila jangan contohi saya* timbul satu cerita pasal seorang minah ini.. katenye minah tu ade post something yang sangat-sangat la bertentangan dengan diri beliau dalam blog beliau... *selalu dah..dari awal kewujudan blog dye kot*
dengan penuh semangat aku pon mengeluarkan fon aku dan sanggup amek pakej internet maxis yang 1 jam 2 hengget 2 *macam cyber cafe lak* lantas membuka dan membaca blog minah tersebut...
selesai sahaja aku membaca blog minah tersebut, aku terasa seolah-olah bende merapu yang aku makan sebagai sarapan ingin terkeluar pada saat dan ketika itu juga melalui mulut aku.. nasib baik aku mampu mengawalnye..

Kalau anda kenal siapa minah tu .. aku pun yakin yang korang akan muntah dan tergelak besar selepas membacanya.. kerana jelas dan nyata beliau cuba menunjukkan betapa murni,suci,lembut dan nurani nye hati beliau di dalam talian *online la* sedangkan kebenaran adalah yang sebaliknya..

Mengapakah minah tersebut berbuat demikian? aku pon tak tahu.. mungkin nak bagi tahu dunia yang dia baek hati? haha! 'empangan!' *erti kata lain damn (kan bunyik macam dam=empangan)* memang gila kartoffel *kentang dalam bahasa german* 

Bukan nak kata diri aku baik ataupun sangat baik ataupun sangat-sangat lah baik.. tapi tahap 'kehiprokitan' dye tu law ade meter.. mmg tinggi gile ah! haha!!

"Jangan jadi hipokrit.. sebaik-baiknye elakkan! "

Tuesday, October 5, 2010

Rossa-Hati Yang Kau Sakiti

Intro : Am D B Em C B

        Em          D             C          Bm
Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
       Am           B      Em
Karena kini kau telah membaginya
     Em           D
Maafkan jika memang kini
       C            Bm
Harus ku tinggalkan dirimu
       Am          B       Em
Karena hatiku selalu kau lukai
      C                 D
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
       C                   B  
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Reff :
         Am     D
Ku menangis membayangkan
        G          B        Em
betapa kejamnya dirimu atas diriku
            Am
Kau duakan cinta ini
      B           Em
Kau pergi bersamanya
         Am    D
Ku menangis melepaskan
        G         B        Em
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
              Am
Harus selalu kau tau
     B                   C        B
Akulah hati yang telah kau sakiti

Interlude : Am D G C Em B Em C Bm Am Em B

     Em           D
Maafkan jika memang kini
       C            Bm
Harus ku tinggalkan dirimu
       Am          B       Em
Karena hatiku selalu kau lukai
      C                 D
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
       C                   B  
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

         Am     D
Ku menangis membayangkan
        G          B        Em
betapa kejamnya dirimu atas diriku
            Am
Kau duakan cinta ini
      B           Em
Kau pergi bersamanya
         Am    D
Ku menangis melepaskan
        G         B        Em
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
              Am
Harus selalu kau tau
     B                     Em
Akulah hati yang telah kau sakiti
         Am   D    G      B      Em
Ku menangis,.,.,hooo,.,hooo,.,hhooo,.,
              Am
Harus selalu kau tau
     B                     Em
Akulah hati yang telah kau sakiti

" Lagu ni sangat ade kaitan dengan diri aku..pada satu ketika dulu (x berapa lama pon)"

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player