Pages

Personalize Gift

Wednesday, March 9, 2011

Buat dia..

"Amaran: ini entri jiwang, sila jangan baca jika anda tak mahu baca, sekiranya anda ingin teruskan, pihak saya tidak akn bertanggungjawab sekiranya anda mengalami muntah hijau dan yang sama waktu dengannya"


Dia,
orang yang buat aku, hati aku menanggung rindu yang amat sangat.
Bukan tak jumpa.. baru je jumpa 
tapi dialah orangnya yang buat aku sangat  menanggung rindu
bukan aku tak pernah in a relationship before..
cuma dengan dia
aku rasa hubungan aku kali ni adalah satu hubungan yang serius.
Sangat serius.. 
aku dah jatuh sayang dan jatuh cinta kaw-kaw dekat si dia..

Aku berharap hubungan ni akan berpanjangan,
aku tak rasa aku sanggup kehilangan dia,
dia dah macam sebahagian dari diri aku,
macam seolah tanpa dia, dunia aku tak lengkap

seganas-ganas aku,
seselekah rupa aku,
sekasar aku,
aku pon suka disayangi..

aku rasa bersalah setiap kali aku bersikap ngada-ngada *dengan dia je ok*
aku rasa bersalah bila aku seolah-olah merajuk bila dia tak layan
walau kenkadang
aku tahu dia sibuk sebenarnya,
aku tahu dia pening,
tapi aku nak jugak ngada-ngada dengan dia..
sebab tu,
aku akan cepat mengalah dengan dia...
aku tak sanggup andai berlaku pertengkaran antara kami
serius!

Dengan dia,
aku nampakkan sifat kepermpuanan aku dekat dia
lebih dari apa yang orang lain pernah lihat
hanya dengan dia dan family aku..

Aku mengharapkan satu hubungan yang berpanjangan
diredhai Allah dan keluarga serta teman-teman
aku bukan seorang yang sempurna,
banyak lagi yang harus aku perbaiki tentang diri aku sendiri,
akan aku cuba perbaiki perlahan-lahan.

Dan andai kamu si kekasih hati saya membaca entri ini,
ketahuilah,
betapa saya mengharapkan kesejahteraan kamu dan kesihatan kamu b,
betapa pada ketika saya menaip ni,
hati saya dilimpahi rindu dan sayang sama kamu,
Harap b sihat segera..
Ilysm n imysm

3 comments:

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player