Kuatkan hati,
gagahkan diri,
pekakkan telinga dengan tohmahan, umpatan dan kata dusta yang dilemparkan,
cakap apa kau nak cakap,
mungkin semua tu datang dari kelemhan diri aku sendiri.
Terima kasih sebab dengan umpatan kau itu,
dapat aku perbaiki diri aku,
dapat aku menilai semula siapa yang patut aku sekadar kenal dan siapa aku patut sekadar sahabat,
dapat aku mula untuk mengikut naluri dan tafsiran hati berbanding logik semata-mata.
Aku berharap semua ni akan buat aku bertambah kuat,
bertambah matang,
bertambah mengenali sifat manusia,
dapat memperbaiki diri.
Ikutkan perasaan,
memang aku marah,
tapi kau pernah menjadi sebahagian hidup aku,
aku taknak simpan sebarang dendam,
biarlah ini menjadi pengajaran dalam hidup aku,
supaya aku lebih berhati-hati.
Aku nak maju kedepan,
aku nak perbaiki segala kelemahan,
aku nak jadi aku yang baru,
aku yang lebih bijak membuat keputusan,
aku yang mampu membahagikan masa dengan sebaik mungkin,
aku yang lebih bijak dalam perhubungan,
aku yang tidak lalai dan leka dalam mengerjakan suruhan-Nya
Buat sahabat, teman, kawan, kenalan,
andai ada kelemahan aku yang mmembuat kalian terasa hati,
membuat kalian tersinggung,
yang membuat kalian sedih, marah, kecewa dan sebagainya
dan
andai aku pernah tercakap besar,
bersikap sombong,
bersikap angkuh,
membuat acuh tak acuh,
mengabaikan kalian
aku mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki
aku mohon maaf dengan setulus hati
dan andai ada kelemahan-kelemahan aku itu yang aku tunjuk
silalah tegur
kerana aku sangat ingin memperbaiki diri
bukan aku ingin menjadi manusia sempurna
tapi aku nk jadi manusia yang labih baik dari hari ini.
"Doakan aku berjaya ubah diri aku, menjadi manusia yang lebih baik :) , aku sangat sayangkan kawan-kawan aku sebenarnya, cuma mungkin cara aku tunjukkan salah :) "
No comments:
Post a Comment