Kiranya macam satu daya tujahan yang membuatkan diri ini nak menulis.
Kagum!, satu perkataan yang aku boleh katakan kepada blogger-blogger tegar tersebut, kerana apa? kerana mampu membuatkan seorang aku yang malas menulis ini menulis. Tahniah!
Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan mereka begitu aktif menulis?
adakah kerana minat? adakah kerana ingin meluahkan perkataan-perkataan yang tak mampu dituturkan secara lisan, adakah mencari publisiti?, atau hanya kerana suka-suka dan cuba mengikuti perkembangan semasa atau kata lainnya trend? Atau mungkin kesemuanya sekali?
Bagi diri aku, aku menulis kerana suka-suka tapi jauh sekali kerana mencari publisiti. Bagi aku, dengan adanya blog ini, aku mampu ber'blogwalking' dan bertemu dengan blog-blog hebat yang memberi aku inspirasi untuk menulis. Atau kata mudahnya untuk mengisi masa lapang.
"Aku betul-betul tabik spring sama blogger tegar!"
No comments:
Post a Comment