Pages

Personalize Gift

Thursday, April 28, 2011

Aku seorang student, maka aku ada Final exam.

Walaupun bagi aku, exam ni satu perkara yang sangat membazir kertas, dan aku adalah seorang yang gile pemalas nak study (jujur gle!).. aku tak dapat nak lari dari exam ni... 

pacik google: aa~ T.T


Sekarang exam dekat universiti ni mana ada guna sangat soklan objektif ni.. law ada mungkin buleh gune care dibawah ni:

sumber google: dr anime peberet saye : k-on
takkan saya nak buat macam ni pulak untuk soklan subjektif and short essay:

sumer : pacik google.. maaplah sexay cket

saya malas setadi tapi saya nak score hebat-hebat:
sumber pacik google

ni jadual exam sy kali ni:

abaikan kehadiran tuh,,, dorang tak masukkan abes agy :)

Kesimpulan di sini , saya ingin anda mendoakan saya agar berjaya jawab and semua dapat A law x sy akan mengamuk  macam di bawah: 

sumber pacik google - ganas x? haha

haha tipuu jek.. maybe kn pelangkung  ngan my mama sampai pengsan kot? haha :P

"Doakan saya taw-taw-taw-taw.. soley2~"


Friday, April 22, 2011

Bieber Fever

Semalam dengan jayanya aku menghadiri konsert Justin Bieber,
walau kebenarannye aku tak minat pun Just-Tin-d-Bie-bir itu.
Pergi sebagai volunteer untuk Yayasan Chow Kit,

Group volunteer aku terdiri daripada:
Miza,Lina,Mira,Aku,oya (betul ke apa aku eja ni?) and.........alamak lupe!

Kitorang ni ditugaskan kat Karen Learning Center yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja Myanmar.

Aku hampir dijangkiti Bieber Fever..
bukan sebab aku suke Just-tin-d-bie-bir itu
tetapi kerana sepetang basah kehujanan akibat sikap segelintir manusia-yang-tamak-dan-hanya-fikirkan-keuntungan-semata-mata.
pihak tune talk ada bagi baju hujan bagi kegunaan penonton, malangnye ada Pakcik-yang-pakai-topi-dan-xde-kesedaran-sivik amek baju hujan tu dan jual dengan harge RM 10 untuk 3 pasang baju hujang.. WHATKEDEHEL!

kesian budak-budak tu kehujanan..
banyak lagi cerita yang "sangat best" (mata pandang atas dan tangan di bahu) berlaku pada hari tersebut tapi ai da nyampah nak setori~ hehehe

"jangan jadi  manusia-yang-tamak-dan-hanya-fikirkan-keuntungan-semata-mata okeh?"

Tuesday, April 19, 2011

Panass!!~

Makin hot ye bebeh?
Makin diam makin hot?
owkay..
whatever..
Dun wanna give a damn anymore..
Buang mase je..
Dari melayan, baek buat bende berfaedah yang lain *Fullstop*
Senang

Friday, April 15, 2011

Muhasabah Diri: Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

"Muhasabah diri jap, saya ni manusia tak sempurna, maka aku terima je semua tabahkan hati, kunci mulut dan teruskan buat tataw.. Insyaallah everything will be just fine"

Thursday, April 7, 2011

Jumaat ini: Fairytale Night, Malam Jambangan Kasih blok Bestari

ini saya yang buat menggunakan power point dengan photoscape je.. saya x reti yang canggih2 tu~

Event ni akan dijalankan kat bilik tv kitorange je, untuk meraikan senior-senior tahun akhir :)
Wish us all da best and semoga majlis berjalan lancar ye?

"Lawa x poster tuh? tehehehe :P"

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player