Pages

Personalize Gift

Sunday, December 16, 2012

Biawak + buaya = bbiuayak (part 1)

            Tarikh 15/12/12 hanyalah satu tarikh biasa jika hendak dibandingkan dengan tarikh 1/2/34 hijrah. Seperti biasa, melepak, makan, masak kat kedai basikal a.k.a Putra Bike Centre. Tatkala sedang berkemas Basikal Akmal meluru masuk lalu berkata "abang serba salah la, kalau tak selamatkan kesian, kalau selamatkan nanti dia sakit and mati".. Aku dengan terpinga2 meneka dengan ketepatan 110% "kucing eh?".. Akmal membalas dengan anggukan dan berkata "jom kita pergi tengok".. Sambil meluru keluar Akmal menjerit " Dayah jom, amik batu cepat, jom dayah".. Dayah yang tak tahu apa2 membontoti kami dengan langkah biasa kerana menyangka tiada apa yang serius.. Setibanya di tempat kejadian, aku dan Akmal menyaksikan satu pandangan yang mengejutkan, seekor biawak yang berwarna hijau kecoklatan sedang mengigit seekor anak kucing berwarna hitam. Akmal dengan segera merejam biawak itu dengan dua biji batu bata yang diambilnya tadi, tapi.. Tiada tanda-tanda biawak tadi hendak melepaskan kucing itu.. Aku memberanikan diri membaling sebiji kelapa tua yang aku ambil di dalam perjalanan tadi.. Tanpa disangka oleh aku biawak tadi melepaskan gigitannya mungkin kerana tidak menyangka ada kelapa jatuh walau tiada pokok kelapa. Tanpa semena2 biawak itu jatuh terjelepok ke dalam longkang besar apabila Dayah tiba di tempat kejadian, mungkin juga terkejut dengan kehadiran Dayah. Akmal dan Dayah cuba untuk menyelamatkan anak kucing tersebut, malangnya anak kucing itu melarikan diri mungkin kerana terkejut dengan saiz akmal.. Opss.. Bukan.. Terkejut dengan kehadiran manusia.. Dan berlari ke arah kedai basikal yang kami sangka selamat.. Beberapa minit kemudian, sedang kami sedang mencari cara untuk mengambil buah pulasan yang agak tinggi jaraknya dari permukaan tanah, terdengar tangisan anak kucing.. Dengan pantas aku berlari, dan mencapai kayu yang agak kecil.. Alangkah terperanjatnya aku bila melihat biawak itu sudah berjaya menangkap anak kucing itu sekali lagi, lantas aku memukul dengan kayu tadi.. Malangnya.. Tiada hasil.. Aku melaung " abang Lamka, dayah.. Biawak tu lari pergi depan!!".. Sambil berlari.. Aku dan dayah masing2 mencapai batu yang agak besar dan Akmal mencapai kayu.. Tanpa berlengah, Akmal cuba memukul biawak itu tetpi disebabkan kegelian beliau pada reptilia, beliau hanya berjaya mencucuk bontot biawak.. aku pula mencuba merejam pada percubaan pertama.. Gagal.. Dayah yang juga geli pada reptilia itu hanya mampu melihat, dan akhirnya menghulur batu kepada aku.. Dengan tenaga yang aku ada, aku aim betul2 dan bagi satu rejaman padu yang menyebabkan biawak tadi melepaskan akan kucing tu tadi..  Kami bersorak gembira dan menangkat anak kucing tadi dan membungkusnya dalam sehelai kain pelikat yang dipercayai milik Akmal yang dijumpai atas sebuat peti yang berada di depan bilik beliau........ (Bersambung)

4 comments:

  1. wow..header anak panah la..minat memanah ke?

    ReplyDelete
  2. misi menyelamat yg pnuh tragis..tahniah bros...

    ReplyDelete
  3. minat jugak sudu biru.. saya main compound :)

    ReplyDelete
  4. hmm...sara the explorer

    lihat belakang anda, ada swiper!

    ReplyDelete

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player