Entah kenapa, aku makin tak sabar nak balik..aku rs badan aku je ada kat sini lagi, yang lain semua dah sampai kat rumah dah, rasa tak rela,rasa tak sanggup dan sebagainya dah bersarang dalam jasad yang tertinggal kat sini..
Hadoila...serious aku da tawar hati gile-gile, baik dengan tempat ni mahupun orang-orang di sekeliling aku mahupun semua aktiviti yang akan dijalankan disini.
Yeah..nasib orang minoriti yang tak pernah di ambil kisah, biasa la tu. Aku pun bukan hadap sangat orang nak kisah ke tak dekat aku. Sejujurnya aku nak cakap, sikap orang-orang yang aku kenal kat sini tak sama langsung dengan sikap orang-orang lain yang aku pernah kenal sebelum ni. Siapa yang kenal aku before aku datang sini, kalau diorang tengok aku mesti diorang akan kate "lain gle weyh!".
Tapi takdelah sampai aku rasa menyesal mohon dan masuk kat sini. Aku masih ada rasa bersyukur sebab Tuhan bagi aku peluang untuk mengenali individu-individu yang mana aku gembira mengenali diri mereka. Aku bersyukur jugak sebab kalau aku tak datang sini confirm ak takkan dapat mengenali dengan lebih dalam lagi sifat-sifat manusia.
Aku sedar aku pon manusia yang tidak sempurna,tujuan enrty bukan nak menilai sesiapa,cuma luahan hati dan perasaaan yang mana ak dah simpan selama hampir 3 tahun, bukan atas tujuan nak memburukkan sesiapa. Cuma aku dah tak larat nak simpan bende ni lama-lama.
Aku nak ucap tahniah kat diri aku sendiri, sebab mampu bertahan sebegini lama. Aku yang sebelum ni dah lama aku buat 'tindakan'. Maybe tulah sebabnya kenapa aku ada kat sini, selain belajar, pengalaman macam ni turut mengajar aku untuk cuba bersabar.
Banyak pahit-manis aku rasa kat sini. Kat sini aku juga pernah jatuh cinta dan putus cinta.
Aku jugak rasa aku perlu muhasabah diri banyak-banyak. Jujur aku katakan, aku tak sempurna, aku seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang rendah, aku tak pandai pilih kawan, aku ni seorang yang kurang kerajinan, tak kurang jugak kadang-kadang aku mudah terpengaruh, aku mudah percaya kata-kata orang, aku mengaku aku seorang yang ego, aku seorang yang suka jugak mencabar kesabaran orang dan macam-macam lagi keburukan.
Tapi kat tempat ni dah banyak air mata aku tumpah, sesuatu yang aku jarang lakukan sebelum ini. Aku memang tak suka tunjukkan aku ada masalah, ego la katakan. Bila aku simpan semua perasaan ni hati aku makin sakit dan agak memudahkan air mata aku tumpah di ketika dan disaat aku sorang-sorang tanpa kehadiran seorang manusia pon. Sebab tu aku gembira duduk aras 3 sekarang. Aku taknak menjadi satu part diri aku yang dulu yang mana aku menyesal jadi macam tu masa tu aku tlah jadi HEARTLESS.. Sampai kat mak bapak aku pun aku buat sikap tu. Tolong jangan drag dan himpit aku sehingga aku menjadi aku yang aku sesali tu.
Dah la soal hati dan perasaan. Aku nak mintak maaf pada semua, ada salah silap aku, aku mintak maaf,jikalau ada pihak yang terasa dengan entry aku ni aku mintak maaf jugak..tu je yang aku nak cakap buat masa ni..
"Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan, aku juga manusia biasa yang tidak sempurna,yeah mmg aku bersifat kelelakian tapi macam mana pon aku tetap seorang perempuan,..dan aku baru sedar rupenye ni entry terpanjang aku, lastly Maafkan Aku."