Pages

Personalize Gift

Sunday, August 29, 2010

Hati dan perasaan...

Kata orang "Bagilah peluang pada orang yang menyayangi kita"

ye.. kini aku nak bagi peluang..
dekat siapa?... jeng3..
Aku mahukan kepastian..
Sebab aku bukan sesiapa,
Aku tak perfect, aku tak cantik, aku cuma aku..
Jadi aku nak seseorang yang boleh terima aku seadanya.. *well siapa yang tak nak?*

Satu ayat yang aku jumpe dalam Fesbuk:

"Love is a cycle, when you love, you get hurt, you hate.
When you hate, you try to forget, you start missing.
And when you start missing eventually you'll fall in love again.. "

Aku suka ayat itu.. bagi aku memang ada kebenarannye..



"Pikir-pikir balik.. entah kenapa sekarang ni aku makin rajin pulak update blog nih..
and aku rasa aku tahu sebabnya..tapi taknak cakap dekat sini.. "

Friday, August 27, 2010

Senioriti?

Apa itu senioriti?
Apa fungsi senior?

Aku pernah menjadi junior dan aku jugak pernah jadi senior..
Tapi aku masih tak faham (sebab ak pena jadi senior yang tak berapa nak senior)

adakah tujuan senior junior ni hanya untuk

menunjukkan kekuasaan seorang senior?

menunjukkan betapa kecilnya seorang junior?

menunjukkan atau memberi tujuk ajar realiti hidup oleh senior kepada junior?

meletakkan segala beban kepada junior?

atau menunding jari dan menyalahkan junior?

siapa-siapa yang boleh terangkan kepada aku yang masih lagi keliru...


"aku bukan nak menyokong mana-mana tapi aku sekarang ialah senior yang dah jadi junior.. dan fenomena di sini agak menyakitkan hati aku.."

Sisi aku yang lain...

1st Ramadhan,
The day that i wont forget..

Hari yang mana,
semua penipuan terserlah di hadapan mataku ini,
Hari di mana,
hati aku terhempas menjadi kepingan-kepingan kecil,
Hari yang mana
aku menitiskan air mata kecewa,
Hari aku merasakan
peritnya dan pedihnya pabila kesetiaan yang diharapkan tidak menjadi nyata
Hari yang mana,
Tuhan tunjukkan aku siapa kau yang sebenarnya...

Betul,
Hati aku kecewa
Betul,
hati aku terluka
Betul,
aku berasa sedih
Betul,
Aku terkilan


Namun,
Aku bersyukur
kerana,
Tuhan menunjukkan aku siapa kamu
agar aku
tidak terus tertipu
dengan kata-kata sayang
dengan kata-kata manis
yang selama ini kufukirkan benar
hanyalah sesuatu yang palsu semata-mata

Aku bersyukur,
mempunyai sahabat
yang setia disisiku
yang berusaha membantuku menempuhi saat lukaku
Aku sangat berterima kasih pada kalian sahabat-sahabatku
Ketahuilah,
Aku menyayangi kamu semua,
walau pada zahirnya aku kasar
walau pada zahirnya aku kelihatan tidak kisah
mahupun ambil peduli
pada dasar hatiku
kalian aku hargai!

Aku bersyukur
Kerana dengan pemergian kau
Tuhan menemukan aku,
dengan seseorang yang kurasa cukup menyayangiku,
walau aku masih ragu,
walau aku masih belum pasti,
namun aku tetap hargai dalam diam
dalam hati...

"luahan hati dan perasaan pada waktu malam, kerana memang entri b4 ni waktu malam or pagi kan? huhu"

Tabik Spring!

Keinginan untuk aku menulis di blog ni selalunya datang selepas ak membaca blog hebat orang lain.
Kiranya macam satu daya tujahan yang membuatkan diri ini nak menulis.
Kagum!, satu perkataan yang aku boleh katakan kepada blogger-blogger tegar tersebut, kerana apa? kerana mampu membuatkan seorang aku yang malas menulis ini menulis. Tahniah!

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan mereka begitu aktif menulis?
adakah kerana minat? adakah kerana ingin meluahkan perkataan-perkataan yang tak mampu dituturkan secara lisan, adakah mencari publisiti?, atau hanya kerana suka-suka dan cuba mengikuti perkembangan semasa atau kata lainnya trend? Atau mungkin kesemuanya sekali?
Bagi diri aku, aku menulis kerana suka-suka tapi jauh sekali kerana mencari publisiti. Bagi aku, dengan adanya blog ini, aku mampu ber'blogwalking' dan bertemu dengan blog-blog hebat yang memberi aku inspirasi untuk menulis. Atau kata mudahnya untuk mengisi masa lapang.

"Aku betul-betul tabik spring sama blogger tegar!"

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player