Pages

Personalize Gift

Sunday, December 16, 2012

Biawak + buaya = bbiuayak (part 1)

            Tarikh 15/12/12 hanyalah satu tarikh biasa jika hendak dibandingkan dengan tarikh 1/2/34 hijrah. Seperti biasa, melepak, makan, masak kat kedai basikal a.k.a Putra Bike Centre. Tatkala sedang berkemas Basikal Akmal meluru masuk lalu berkata "abang serba salah la, kalau tak selamatkan kesian, kalau selamatkan nanti dia sakit and mati".. Aku dengan terpinga2 meneka dengan ketepatan 110% "kucing eh?".. Akmal membalas dengan anggukan dan berkata "jom kita pergi tengok".. Sambil meluru keluar Akmal menjerit " Dayah jom, amik batu cepat, jom dayah".. Dayah yang tak tahu apa2 membontoti kami dengan langkah biasa kerana menyangka tiada apa yang serius.. Setibanya di tempat kejadian, aku dan Akmal menyaksikan satu pandangan yang mengejutkan, seekor biawak yang berwarna hijau kecoklatan sedang mengigit seekor anak kucing berwarna hitam. Akmal dengan segera merejam biawak itu dengan dua biji batu bata yang diambilnya tadi, tapi.. Tiada tanda-tanda biawak tadi hendak melepaskan kucing itu.. Aku memberanikan diri membaling sebiji kelapa tua yang aku ambil di dalam perjalanan tadi.. Tanpa disangka oleh aku biawak tadi melepaskan gigitannya mungkin kerana tidak menyangka ada kelapa jatuh walau tiada pokok kelapa. Tanpa semena2 biawak itu jatuh terjelepok ke dalam longkang besar apabila Dayah tiba di tempat kejadian, mungkin juga terkejut dengan kehadiran Dayah. Akmal dan Dayah cuba untuk menyelamatkan anak kucing tersebut, malangnya anak kucing itu melarikan diri mungkin kerana terkejut dengan saiz akmal.. Opss.. Bukan.. Terkejut dengan kehadiran manusia.. Dan berlari ke arah kedai basikal yang kami sangka selamat.. Beberapa minit kemudian, sedang kami sedang mencari cara untuk mengambil buah pulasan yang agak tinggi jaraknya dari permukaan tanah, terdengar tangisan anak kucing.. Dengan pantas aku berlari, dan mencapai kayu yang agak kecil.. Alangkah terperanjatnya aku bila melihat biawak itu sudah berjaya menangkap anak kucing itu sekali lagi, lantas aku memukul dengan kayu tadi.. Malangnya.. Tiada hasil.. Aku melaung " abang Lamka, dayah.. Biawak tu lari pergi depan!!".. Sambil berlari.. Aku dan dayah masing2 mencapai batu yang agak besar dan Akmal mencapai kayu.. Tanpa berlengah, Akmal cuba memukul biawak itu tetpi disebabkan kegelian beliau pada reptilia, beliau hanya berjaya mencucuk bontot biawak.. aku pula mencuba merejam pada percubaan pertama.. Gagal.. Dayah yang juga geli pada reptilia itu hanya mampu melihat, dan akhirnya menghulur batu kepada aku.. Dengan tenaga yang aku ada, aku aim betul2 dan bagi satu rejaman padu yang menyebabkan biawak tadi melepaskan akan kucing tu tadi..  Kami bersorak gembira dan menangkat anak kucing tadi dan membungkusnya dalam sehelai kain pelikat yang dipercayai milik Akmal yang dijumpai atas sebuat peti yang berada di depan bilik beliau........ (Bersambung)

Wednesday, December 5, 2012

Gigi

Secara tidak sengaja mahupun spontan, aku jatuh pengsan, lalu jatuh, memecahkan gigi 'cantik' aku dan menjadikannya lebih 'cantik' dan menyeksikan  menyeksakan.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 28, 2012

Dunia blogging

Assalamualaikum,


Lama tak bercerita kat sini and selamat menjalankan ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam di serata dunia :) . okey, berbalik pada tajuk post hari ni, dunia blogging. Manusia-manusia serata dunia yang berblogging hari ni ada tujuan masing-masing; carik duit *nuffnag*, berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman; travel, food and stuff, tutorial, review, jual barang-barang, dan macam-macam lagi. Macam saya contohnye saya takde tujuan tetap berblogging, dahulunya atas alasan nak ber'blog walking'. Blog ni macam sekadar suka-suka, post pasal pengalaman, benda yang saya suka dan sebagainya.

TAPI, pada pendapat saya lah, dalam berblogging, penggunaan ayat dan bahasa ni penting, kalau guna bahasa rojak takde salahnye, fully english pon takpe. Tapi kalau nak bergantung harap sepenuhnya pada google translate harapnye janganlah, kadang-kadang cara dia translatekan tak berapa betul.*trust me!* Ada sesetangah blogger yang menggunakan bahasa rojak yang terlalu teruk sehingga memang ayat tu jadi rosak and tunggang langgang.* jangan ada yang tembak saya pulak lepas ni, ini pendapat dan pandangan saya, dalam sama2 memperbaiki diri sebagai seorang blogger*. Blog ni worldwide, satu dunia boleh baca dalam jaringan internet yang luas ni, asal ada internet je kita boleh access. Satu lagi copy paste dari blog lain tanpa izin pon janganlah diamalkan kalau taknak dikecam*eceh.*.

Alahai dah habes idea.. hik3 setakat ni jelah, dan ni hanya pendapat, kalau ada yang terasa sakit hati saya mintak maaf awal-awal. Bulan puasa kena sabar and tak boleh marah-marah tau. (•‿•) .


Source: Google Image
"(It was) the month of Ramadan in which was revealed the Qur’aan, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong). So whoever of you sights (the crescent on the first night of) the month (of Ramadan i.e. is present at his home), he must observe Sawm (fasts) that month…”- [al-Baqarah 2:185]" - Happy Fasting!

Saturday, June 23, 2012

Monday, June 18, 2012

Muhasabah Diri #1

Those who look for opportunities to hate, miss many opportunities to love @Islamspeaks

Sunday, June 17, 2012

#Google Funny Search 3


  • Kittens are evil?     - acceptable bagi yang takut kucing atau banyak sangat tengok cerita zombie  ಠ_ಠ
  • Kittens are like that - owkay....  ๏_๏
  • Kittens are so cute - Exactly bebeh! they are cute and adorable and fluffy hihi  (•‿•)
  • Kittens are cute atheist - What the ? what is wrong with you people?  ಠ_ಠ

"kittens are cute and adorable, tak caye? tengok gamba di bawah.. kucing kat rumah.. nama? Tigerkuro hehe"
dont you just want to rub his tummy? dia boleh tido macam ni dalam kereta taw2..   

Tak update tahap tragis

Assalamualaikum :) ,




Kali ni memang tak update blog tahap tragis, last update haritu masa awal semester and ni dah nak hujung semester. Oh tragis. Hidup hectic sikit la semester ni *padahal online je*. Ikutkan ada banyak benda nak diceritkan sepanjang semester ni. Nanti dah free lah cerita :) . Ada 4 lagi paper . Tolong doakan saya dapat jawab dengan jayanya dan dapat result dengan cemerlangnya, terima kasih awal-awal kepada yang tolong doakan :) . 

Next paper subjek Biologi Pencemaran. hoho nota dia + lab report setebal buku teks. Tak caya? Nah amik bukti kukuh bawah ni:

nota + lab report Biologi Pencemaran and semua chapter masuk final exam  ಥ_ಥ   

Lepas paper biologi pencemaran , paper Environmental Analysis and Instrumentation dan Economics dalam hari yang sama and last paper Statistik. Terasa kepembunuhan semua tu. ("-.-) . Dapat-dapat pulak haritu study week dipenuhi dengan pertandingan memanah dari 6-10 Jun. 11 Jun da start paper Biodiversiti *agak gila disitu*. Kena start study and revise betul-betul ni. Insyaallah dah free nanti nak update banyak-banyak,, kesian blog ni bersawang and berhabuk hampir jadi blog tinggal. Bye semua! Assalamualaikum!


"P/S: Korang ingat lagi tak makanan ni? haritu jumpa dekat kiosk KC tapi pegi sekali lagi dah xde. teringat zaman kanak-kanak hihi"



Tuesday, March 6, 2012

new semester at マレーシア プテラ だいがく (sem 4 2011/2012)

Hi peeps! :),
banyak sangat benda yang nak di buat semester ni, so agak kelam kabut sikit hidup, itu pasallah blog ni dah bersawang bagai :P

benda-benda besar yang menyebabkan diri busy sem ni:

  • memanah :)
  • kejohanan memanah sirkit pertama kebangsaan 2012 (wish me luck guys saya budak baru ni)
  • MAKP - Persembahan band the strangers :)
bila di campur tolak dengan kelas, amali and esemen semua jadi banyak la benda nak dibuat sem ni.. sem ni pulak amik 19 jam kredit:
  • Statistik bagi sains gunaan                      (MTH3003) 
  • Analisis dan Instrumentasi Alam Sekitar  (ESC3009)
  • Biologi Pencemaran                               (ESC4503)
  • Biodiversiti dan Pemuliharaan                 (ESC4508)
  • Prinsip Ekonomi                                    (ECN3100)
  • Teknologi Rawatan Sisa Pepejal            (ESC3012)
Saya mengharapkan yang terbaik semester ni, baik dalam pelajaran, sukan and band :).

"Ada jugak saya simpan niat untuk menjadi fit semester ni :) biar badan sihat, otak cergas :) :)"

Save our Tiger!

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player